Thursday, 26 January 2012

MAHA AUKU


           1998 merupakan tahun yg akan diingati di Malaysia dan juga Indonesia. 1998 menyaksikan pemecatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Malaysia dan 1998 juga menjadi tahun terakhir President Suharto memerintah Indonesia selama 32 tahun. Apa yg saya ingin tulis pada hari ini bukanlah mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tidak juga mengenai Suharto tetapi mengenai satu golongan yg paling penting di setiap negara iaitu MAHASISWA..

Mahasiswa ialah satu golongan pelajar yg sedang menuntut di pusat-pusat pengajian tinggi. Golongan ini terikat dengan tuntutan akademik dan tempat yg akan menentukan ms depan mereka ialah di dewan peperiksaan. Namun begitu pengaruh mahasiswa di dalam sesebuah negara amat besar kesannya. Lihat apa yg berlaku di Indonesia. Revolusi dan reformasi besar-besaran oleh golongan mahasiswa di Indonesia telah berjaya  menumbangkan zaman pemerintahan president Suharto yg dianggap kebal di tampuk pemerintahan. Tumbangnya Suharto menunjukkan kepada kita semua bahawa kuasa dan kemampuan mahasiswa dalam merubah sesuatu kerajaan tidak boleh sama sekali dipandang enteng.

Jika sesebuah parti itu mendapat sokongan seluruh mahasiswa ia bermakna parti itu mendapat seluruh sokongan daripada rakyat. Mahasiswa merupakan satu golongan yg sukar untuk ditawan hatinya oleh mana-mana parti. Sifat mereka yg suka menganalisis sesuatu berita sebelum menerimanya sebagai satu fakta atau tidak,  menjadikan golongan ini hampir kebal dari pengaruh politik media. Selain itu darah muda mereka membuatkan mereka lantang untuk mengkritik mana-mana dasar yg dirasakan tidak sesuai dengan pendapat mereka.

Pendapat seorang Mahasiswa mungkin belum cukup untuk mengubah corak kerajaan tetapi pendapat seorang mahasiswa mampu mempengaruhi pemikiran mahasiswa-mahasiswa yg lain lalu membentuk satu kumpulan mahasiswa yg sama pendapat. Lalu mereka bergerak untuk mengumpul lebih ramai pengikut dan akhirnya mereka akan bersuara dengan lantang menyatakan pendapat mereka. Contoh paling mudah ialah Adam Adli yg lantang mengkritik AUKU. Sebenarnya isu tentang AUKU telah lama dibincangkan namun ianya tidaklah sehangat sekarang ini. Namun setelah munculnya Adam Adli isu ini tiba-tiba menjadi begitu hangat dibincangkan oleh pelbagai pihak.

Baru-baru ini kerajaan telah bersetuju meminda AUKU yg sebelum ini melarang mahasiswa berpolitik kepada boleh berpolitik tetapi dilarang untuk bergerak aktif. Dilarang bergerak aktif bermaksud mahasiswa dilarang untuk berkempen atau memberi ceramah. Jadi apa yg boleh dilakukan oleh mahasiswa jika mereka dilarang berkempen atau memberi ceramah?? Adakah menglibatan yg dibenarkan oleh pihak kerajaan kepada mahasiswa yg ingin berpolitik hanyalah dengan membenarkan mereka menggantung bendera dan mengedar baju-baju parti masing-masing sahaja. Jika ini sahaja yg dibenarkan oleh pihak kerajaan ianya merupakan satu penghinaan terhadap mahasiswa.

Tun M pernah membuat satu kenyataan mengenai isu AUKU ini. Beliau berkata ‘seorang mahasiswa itu hendaklah belajar bersungguh-sungguh bagi menunaikan hasrat ibu-bapa yg ingin melihat anak mereka berjaya, jadi tidak perlu berpolitik dahulu,sudah habis belajar nanti baru la berpolitik’. Adakah berpolitik itu mengganggu pelajaran??Saya akan memjawap YA!! Tetapi adakah semua mahasiswa akan memberikan jawapan yg sama seperti saya?? Kita ambil satu contoh: dua orang mahasiswa yg mempunyai bakat besar dalam permainan bola sepak. Seorang bernama Ali dan seorang lg bernama Abu. Ali dan Abu ingin mewakili pasukan bola sepak universiti  mereka. Ali merasakan menyertai pasukan bola sepak universiti tidak akan mengganggu tumpuan pada pelajarannya, maka Ali terus dengan keinginannya untuk menyertai pasukan bola sepak universiti. Lain pula halnya dengan Abu, Abu berpendapat pelajarannya akan terganggu jika dia bermain untuk universiti, maka Abu membatalkan hasratnya demi untuk menumpukan perhatian pada pelajarannya. Begitu juga halnya dengan politik, bukan semua mahasiswa berminat untuk berpolitik, dan tidak semua yg berminat itu berhajat untuk berpolitik dan tidak ramai yg berhajat itu berasa diri mereka mampu untuk memberi komitmen kepada pelajaran dan politik. Hanya mahasiswa yg berasa diri mereka mampu memberikan komitmen kepada pelajaran dan politik sahaja yg akan menceburkan diri di dalam politik.

Andai niat AUKU menghalang mahasiswa berpolitik adalah kerana semata-mata untuk mengelakkan mahasiswa hilang tumpuan kepada pelajaran ianya adalah satu niat yg boleh diragui. Sebenarnya bukan politik sahaja yg akan mengganggu pelajaran tetapi banyak perkara lain lg. Diana Daniel, Najwa Latif, Yuna mereka semua adalah artis yg menceburi bidang seni semasa mereka sedang menuntut. Yuna menjadi artis semasa beliau menuntut di universiti, Diana Daniel dan Najwa Latif semasa mereka menuntut di sekolah menengah dan jgn lupa pada adik Mia Sara Nasuha yg masih kecil. Ramai yg menjadi artis ketika mereka sedang menuntut tetapi tidak pula pihak kerajaan menimbulkan isu penglibatan mereka ini akan mengganggu pelajaran mereka.

Bagi saya sekatan AUKU kepada mahasiswa yg ingin berpolitik boleh menyekat perkembangan mahasiswa. Andai kata kerajaan membenarkan mahasiswa bergiat aktif di dalam bidang politik, tidak mustahil suatu hari nanti kita akan mempunyai Perdana Menteri yg berusia 30an atau 40an. Perdana Menteri yg masih muda tetapi luas pengalaman dan dapat menyumbang pelbagai idea baru untuk pembangunan negara. Perkara ini hanya boleh dicapai sekiranya AUKU dimansuhkan.




1 comment:

  1. Emm tajuk yg menarik,yes mmg x salah if sorang mahasiswa tu nak berpolitik tp yang menjadi kesalahan if diorg terlampau taksub dgn dunia politik sampai m'abaikan pelajaran..cnthnya kamu nk berpoliktik n dlm ms yg sme kamu berjnji xkn abaikn pelajaran,adakah kmu rse kmu akn fokus terhadap pelajaran if aktif dlm politik??nk belajar pun sy rse terkocoh2 sbb asyik kne pg bnyk demonstrasi..tp kalo di pndg dr segi positif,politik ni dpt membantu perkembangan otak mahasiswa,yela ble org tny..ape yg jd pd taon sekian2..ape tu AUKU,xdela stdnt tu terdiam je kan..atleast dia tau isu semasa..so anda boleh nilai mane yg baek or tidak

    ReplyDelete