jumpingsmash
Saturday, 28 January 2012
Penyakit bila cuti
Lebih baik bangun pagi pergi kelas
daripada bangun lambat pukul satu..
Lebih baik petang2 pergi turun training
daripada petang2 merempit kacau perempuan..
Lebih baik malam2 study
daripada malam2 pergi clubbing..
Lebih baik buat assignment daripada
duduk rumah search web porno..
Lebih baik bt discussion dengan kawan2
daripada duduk lepak merapu-rapu..
Lebih baik tekanan study daripada
tekanan duduk rumah tgk ibu-bapa bergaduh..
hargailah kehidupan anda sebagai student..
Thursday, 26 January 2012
MAHA AUKU
Mahasiswa ialah satu golongan pelajar yg sedang menuntut di
pusat-pusat pengajian tinggi. Golongan ini terikat dengan tuntutan akademik dan
tempat yg akan menentukan ms depan mereka ialah di dewan peperiksaan. Namun
begitu pengaruh mahasiswa di dalam sesebuah negara amat besar kesannya. Lihat
apa yg berlaku di Indonesia. Revolusi dan reformasi besar-besaran oleh golongan
mahasiswa di Indonesia telah berjaya menumbangkan zaman pemerintahan
president Suharto yg dianggap kebal di tampuk pemerintahan. Tumbangnya Suharto
menunjukkan kepada kita semua bahawa kuasa dan kemampuan mahasiswa dalam
merubah sesuatu kerajaan tidak boleh sama sekali dipandang enteng.
Jika sesebuah parti itu mendapat sokongan seluruh mahasiswa
ia bermakna parti itu mendapat seluruh sokongan daripada rakyat. Mahasiswa
merupakan satu golongan yg sukar untuk ditawan hatinya oleh mana-mana parti. Sifat
mereka yg suka menganalisis sesuatu berita sebelum menerimanya sebagai satu
fakta atau tidak, menjadikan golongan
ini hampir kebal dari pengaruh politik media. Selain itu darah muda mereka
membuatkan mereka lantang untuk mengkritik mana-mana dasar yg dirasakan tidak
sesuai dengan pendapat mereka.
Pendapat seorang Mahasiswa mungkin belum cukup untuk
mengubah corak kerajaan tetapi pendapat seorang mahasiswa mampu mempengaruhi
pemikiran mahasiswa-mahasiswa yg lain lalu membentuk satu kumpulan mahasiswa yg
sama pendapat. Lalu mereka bergerak untuk mengumpul lebih ramai pengikut dan
akhirnya mereka akan bersuara dengan lantang menyatakan pendapat mereka. Contoh
paling mudah ialah Adam Adli yg lantang mengkritik AUKU. Sebenarnya isu tentang
AUKU telah lama dibincangkan namun ianya tidaklah sehangat sekarang ini. Namun
setelah munculnya Adam Adli isu ini tiba-tiba menjadi begitu hangat
dibincangkan oleh pelbagai pihak.
Baru-baru ini kerajaan telah bersetuju meminda AUKU yg
sebelum ini melarang mahasiswa berpolitik kepada boleh berpolitik tetapi
dilarang untuk bergerak aktif. Dilarang bergerak aktif bermaksud mahasiswa
dilarang untuk berkempen atau memberi ceramah. Jadi apa yg boleh dilakukan oleh
mahasiswa jika mereka dilarang berkempen atau memberi ceramah?? Adakah
menglibatan yg dibenarkan oleh pihak kerajaan kepada mahasiswa yg ingin
berpolitik hanyalah dengan membenarkan mereka menggantung bendera dan mengedar
baju-baju parti masing-masing sahaja. Jika ini sahaja yg dibenarkan oleh pihak
kerajaan ianya merupakan satu penghinaan terhadap mahasiswa.
Tun M pernah membuat satu kenyataan mengenai isu AUKU ini.
Beliau berkata ‘seorang mahasiswa itu hendaklah belajar bersungguh-sungguh bagi
menunaikan hasrat ibu-bapa yg ingin melihat anak mereka berjaya, jadi tidak
perlu berpolitik dahulu,sudah habis belajar nanti baru la berpolitik’. Adakah
berpolitik itu mengganggu pelajaran??Saya akan memjawap YA!! Tetapi adakah
semua mahasiswa akan memberikan jawapan yg sama seperti saya?? Kita ambil satu
contoh: dua orang mahasiswa yg mempunyai bakat besar dalam permainan bola
sepak. Seorang bernama Ali dan seorang lg bernama Abu. Ali dan Abu ingin
mewakili pasukan bola sepak universiti mereka.
Ali merasakan menyertai pasukan bola sepak universiti tidak akan mengganggu
tumpuan pada pelajarannya, maka Ali terus dengan keinginannya untuk menyertai pasukan
bola sepak universiti. Lain pula halnya dengan Abu, Abu berpendapat
pelajarannya akan terganggu jika dia bermain untuk universiti, maka Abu
membatalkan hasratnya demi untuk menumpukan perhatian pada pelajarannya. Begitu
juga halnya dengan politik, bukan semua mahasiswa berminat untuk berpolitik,
dan tidak semua yg berminat itu berhajat untuk berpolitik dan tidak ramai yg
berhajat itu berasa diri mereka mampu untuk memberi komitmen kepada pelajaran
dan politik. Hanya mahasiswa yg berasa diri mereka mampu memberikan komitmen
kepada pelajaran dan politik sahaja yg akan menceburkan diri di dalam politik.
Andai niat AUKU menghalang mahasiswa berpolitik adalah
kerana semata-mata untuk mengelakkan mahasiswa hilang tumpuan kepada pelajaran
ianya adalah satu niat yg boleh diragui. Sebenarnya bukan politik sahaja yg
akan mengganggu pelajaran tetapi banyak perkara lain lg. Diana Daniel, Najwa
Latif, Yuna mereka semua adalah artis yg menceburi bidang seni semasa mereka
sedang menuntut. Yuna menjadi artis semasa beliau menuntut di universiti,
Diana Daniel dan Najwa Latif semasa mereka menuntut di sekolah menengah dan jgn
lupa pada adik Mia Sara Nasuha yg masih kecil. Ramai yg menjadi artis ketika
mereka sedang menuntut tetapi tidak pula pihak kerajaan menimbulkan isu
penglibatan mereka ini akan mengganggu pelajaran mereka.
Bagi saya sekatan AUKU kepada mahasiswa yg ingin berpolitik
boleh menyekat perkembangan mahasiswa. Andai kata kerajaan membenarkan mahasiswa
bergiat aktif di dalam bidang politik, tidak mustahil suatu hari nanti kita
akan mempunyai Perdana Menteri yg berusia 30an atau 40an. Perdana Menteri yg
masih muda tetapi luas pengalaman dan dapat menyumbang pelbagai idea baru untuk
pembangunan negara. Perkara ini hanya boleh dicapai sekiranya AUKU dimansuhkan.
Wednesday, 25 January 2012
DEBAT BUKAN BUDAYA KITA!!!
Saya mengambil masa hampir lima minit untuk berhenti ketawa setelah membaca satu keratan akhbar yg terkandung di dalam akhbar tempatan baru-baru ini. Dalam keratan akhbar itu tertulis beberapa kenyatan dari Ketua Penerangan UMNO iaitu Datuk Ahmad Maslan tentang pandangannya mengenai cadangan debat terbuka antara Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Datuk Ahmad Maslan berpendapat bahawa debat ialah budaya barat yang masih belum dapat diterima di negara ini. Saya tertanya-tanya adakah debat antara Nabi allah Ibrahim a.s dan juga Namrud juga merupakan budaya barat? Mengapa kenyataan debat merupakan budaya barat timbul sekarang ini sedangkan terdapat banyak pertandingan debat bukan setakat debat antara universiti malahan debat antara sekolah rendah telah lama diadakan. Mengapa sekarang ini timbul isu membaratkan debat? Apakah alasan ini digunakan semata-mata untuk membolehkan rakyat menerima keengganan pihak kerajaan berdebat dengan pihak pembangkang? Kalau itu adalah sebabnya ternyata pihak kerajaan telah tersalah percaturan dalam memberikan alasan. Alasan yang diberi sangat rapuh dan mudah untuk dipatahkan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai otak dan fikiran yang waras.
'Adakah Malaysia betul-betul sebuah negara yang berlandaskan hukum islam'?? Tanyalah kepada semua rakyat Malaysia tidak kira penyokong tegar UMNO, pengundi atas pagar mahupun pihak pembangkang semuanya akan berkata TIDAK!!! Semua rakyat sedar tentang realiti sistem pemerintahan negara ini yg mengamalkan sistem sekular yang berasal dari barat. Disebabkan kita mengamalkan sistem inilah maka sekarang ini terdapat lambakan budaya kotor dari barat yg telah menjadi satu perkara biasa di negara ini. Pusat-pusat hiburan, lambakan artis-artis yg menjadi ikutan remaja serta tindakan kerajaan yg mengambil langkah berdiam diri tentang isu pakaian remaja yg menjolok mata semuanya itu berasal dari barat. Namun yg anehnya mengapa isu debat yg perlu dipertikaikan sedangkan terdapat banyak lg budaya kotor dari barat yg harus diambil berat dan perlu dititik beratkan? Di sini sudah cukup untuk membuktikan kenyataan Datuk Ahmad Maslan hanyalah alasan semata-mata untuk mengelak pihak kerajaan berdebat dengan pihak pembangkang.
Sebenarnya tindakan pihak kerajaan tidak berdebat dengan pihak pembangkang adalah satu tindakan yang amat bijak dalam menyelamatkan karier politik mereka. Namun pihak kerajaan harus mencari alasan yg bijak untuk mengelak dari berdebat. Mengapa saya katakan ianya tindakan yg bijak? Jika kerajaan menyahut cabaran pihak pembangkang ia adalah ibarat masuk dalam mulut naga dan membunuh karier politik mereka sendiri. Hanya orang yang bodoh yang akan menerima cabaran berdebat dengan pihak pembangkang yg telah lama bersedia dengan manifesto-manifesto yg dapat memikat rakyat dan juga isu-isu integriti yg bakal menjadi senjata ampuh bg mereka dalam PRU13 ini. Apatah lg wakil yg mereka akan hantar sudah pastinya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Keputusan debat sudah pasti dapat dijangka dari awal lg . Anwar menang!!!
Dengan bakatnya yang lantang berucap dan petah berkata-kata di tambah pula dengan latar belakangnya sebagai antara bekas menteri kewangan terbaik dunia tidak hairanlah nama Datuk Seri Anwar pernah disenaraikan dalam majalah Forbes sebagai MANUSIA KE-9 PALING BERPENGARUH DI DUNIA. Justeru itu bodohlah pemimpin dari BN jika ingin berdebat tentang ekonomi dengan bekas menteri kewangan terbaik dunia. Pada pendapat saya tiada siapa di dalam barisan menteri karbinet Malaysia yg mampu menang berdebat dengan ketua pembangkang itu. Satu-satunya insan yg layak berdebat dengan beliau hanyalah Tun Mahathir sahaja. Jika kedua-dua tokoh ini berdebat ianya mungkin menjadi satu pertembungan epik ibarat buku bertemu ruas dan akan diingati dalam jangka masa panjang. Tetapi meletakkan Tun M sebagai wakil kerajaan bukanlah tindakan yg bijak.jika Tun M yg mewakili pihak kerajaan dimanakah kredibiliti Datuk Seri Najib sebagai ketua kepada kerajaan yg ada sekarang. Mengapa meletakkan tanggungjawap mempertahankan Kerajaan BN kepada bekas ketua. Mahu atau tidak terpaksalah Najib menjadi wakil BN jika mereka berhajat berdepan dengan pembangkang. Namun pada fikiran saya Najib belum bersedia,dan tindakan paling selamat ialah mengelak dari berdebat tetapi Najib harus berusaha mencari alasan yg sesuai yg dapat diterima oleh rakyat. Bukanlah dengan alasan debat itu mengikut budaya barat.
Friday, 20 January 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)
