Wednesday, 25 January 2012

DEBAT BUKAN BUDAYA KITA!!!


Saya mengambil masa hampir lima minit untuk berhenti ketawa setelah membaca satu keratan akhbar yg terkandung di dalam akhbar tempatan baru-baru ini. Dalam keratan akhbar itu tertulis beberapa kenyatan dari Ketua Penerangan UMNO iaitu Datuk Ahmad Maslan tentang pandangannya mengenai cadangan debat terbuka antara Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Datuk Ahmad Maslan berpendapat bahawa debat ialah budaya barat yang masih belum dapat diterima di negara ini. Saya tertanya-tanya adakah debat antara Nabi allah Ibrahim a.s dan juga Namrud juga merupakan budaya barat? Mengapa kenyataan debat merupakan budaya barat timbul sekarang ini sedangkan terdapat banyak pertandingan debat bukan setakat debat antara universiti malahan debat antara sekolah rendah telah lama diadakan. Mengapa sekarang ini timbul isu membaratkan debat? Apakah alasan ini digunakan semata-mata untuk membolehkan rakyat menerima keengganan pihak kerajaan berdebat dengan pihak pembangkang? Kalau itu adalah sebabnya ternyata pihak kerajaan telah tersalah percaturan dalam memberikan alasan. Alasan yang diberi sangat rapuh dan mudah untuk dipatahkan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai otak dan fikiran yang waras.

'Adakah Malaysia betul-betul sebuah negara yang berlandaskan hukum islam'?? Tanyalah kepada semua rakyat Malaysia tidak kira penyokong tegar UMNO, pengundi atas pagar mahupun pihak pembangkang semuanya akan berkata TIDAK!!! Semua rakyat sedar tentang realiti sistem pemerintahan negara ini yg mengamalkan sistem sekular yang berasal dari barat. Disebabkan kita mengamalkan sistem inilah maka sekarang ini terdapat lambakan budaya kotor dari barat yg telah menjadi satu perkara biasa di negara ini. Pusat-pusat hiburan, lambakan artis-artis yg menjadi ikutan remaja serta tindakan kerajaan yg mengambil langkah berdiam diri tentang isu pakaian remaja yg menjolok mata semuanya itu berasal dari barat. Namun yg anehnya mengapa isu debat yg perlu dipertikaikan sedangkan terdapat banyak lg budaya kotor dari barat yg harus diambil berat dan perlu dititik beratkan? Di sini sudah cukup untuk membuktikan kenyataan Datuk Ahmad Maslan hanyalah alasan semata-mata untuk mengelak pihak kerajaan berdebat dengan pihak pembangkang.

Sebenarnya tindakan pihak kerajaan tidak berdebat dengan pihak pembangkang adalah satu tindakan yang amat bijak dalam menyelamatkan karier politik mereka. Namun pihak kerajaan harus mencari alasan yg bijak untuk mengelak dari berdebat. Mengapa saya katakan ianya tindakan yg bijak? Jika kerajaan menyahut cabaran pihak pembangkang ia adalah ibarat masuk dalam mulut naga dan membunuh karier politik mereka sendiri. Hanya orang yang bodoh yang akan menerima cabaran berdebat dengan pihak pembangkang yg telah lama bersedia dengan manifesto-manifesto yg dapat memikat rakyat dan juga isu-isu integriti yg bakal menjadi senjata ampuh bg mereka dalam PRU13 ini. Apatah lg wakil yg mereka akan hantar sudah pastinya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Keputusan debat sudah pasti dapat dijangka dari awal lg . Anwar menang!!!

Dengan bakatnya yang lantang berucap dan petah berkata-kata di tambah pula dengan latar belakangnya sebagai antara bekas menteri kewangan terbaik dunia tidak hairanlah nama Datuk Seri Anwar pernah disenaraikan dalam majalah Forbes sebagai MANUSIA KE-9 PALING BERPENGARUH DI DUNIA. Justeru itu bodohlah pemimpin dari BN jika ingin berdebat tentang ekonomi dengan bekas menteri kewangan terbaik dunia. Pada pendapat saya tiada siapa di dalam barisan menteri karbinet Malaysia yg mampu menang berdebat dengan ketua pembangkang itu. Satu-satunya insan yg layak berdebat dengan beliau hanyalah Tun Mahathir sahaja. Jika kedua-dua tokoh ini berdebat ianya mungkin menjadi satu pertembungan epik ibarat buku bertemu ruas dan akan diingati dalam jangka masa panjang. Tetapi meletakkan Tun M sebagai wakil kerajaan bukanlah tindakan yg bijak.jika Tun M yg mewakili pihak kerajaan dimanakah kredibiliti Datuk Seri Najib sebagai ketua kepada kerajaan yg ada sekarang. Mengapa meletakkan tanggungjawap mempertahankan Kerajaan BN kepada bekas ketua. Mahu atau tidak terpaksalah Najib menjadi wakil BN jika mereka berhajat berdepan dengan pembangkang. Namun pada fikiran saya Najib belum bersedia,dan tindakan paling selamat ialah mengelak dari berdebat tetapi Najib harus berusaha mencari alasan yg sesuai yg dapat diterima oleh rakyat. Bukanlah dengan alasan debat itu mengikut budaya barat.

2 comments:

  1. Iwan Fals say;.“Apa jadinya jika mulut dilarang bicara?, apa jadinya jika mata dilarang melihat?, apa jadinya jika telinga dilarang mendengar?, jadilah robot tanpa nyawa yang hanya mengabdi pada perintah”.(Hura Hura Huru Hara - album Dalbo 1993)
    “Mereka yang pernah kalah, belum tentu menyerah”.
    (Orang-Orang Kalah - album Kantata Takwa 1990)

    ReplyDelete
  2. Hebat la kamu..sila tukar kos ok

    ReplyDelete